Assalamualaikum puan,
Tuesday, August 10, 2010
Sekalung Penghargaan Buat Pn.Rozmel
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 8/10/2010 12:16:00 PM 0 comments
Friday, June 18, 2010
Rahsia Tulisan Tangan
MySpace Flash Toys
Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya ambil dari petikan Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah iaitu rahsia sifat tulisan tangan.
- Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
- Tulisan Bulat-Bulat- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).
- Campur-campur ...- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan baligh. ( maaf isu sensitif sedikit)
- Rapat-rapat- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.
- Huruf JGYZ yang tidak sempurna - Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.
Posted by Strawberrychocolate at 6/18/2010 03:34:00 PM 0 comments
KeJaYaaN MiNdA
MySpace Flash Toys
Sukanya saya di sini berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang motivasi yang saya dapat dari buku 'membina imaginasi cemerlang' oleh Dr. Tuah. Yang lepas saya berkongsi tentang 'minda terangsang melalui solat dan doa'. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kejayaan minda, di mana kejayaan minda diperolehi apabila anda boleh bangun subuh. Realitinya, subuh merupakan cabaran terhebat bagi manusia mutakhir ini. Betul tak?
Posted by Strawberrychocolate at 6/18/2010 09:45:00 AM 0 comments
Thursday, June 17, 2010
Intro for our presentation
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 6/17/2010 10:14:00 PM 0 comments
Labels: Pembentangan
Strawberry chocolate's slide
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 6/17/2010 09:54:00 PM 0 comments
Labels: Pembentangan
Wednesday, June 16, 2010
MiNdA TeRanGsAnG MeLaLui SoLaT & DoA
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 6/16/2010 09:09:00 AM 0 comments
Tuesday, June 15, 2010
Kemahiran Berfikir
MySpace Flash Toys
Pada suatu petang,
si ayah menyoal anaknya...
pokok ape tu....?
anak membalas, pokok durian....
lagi sekali ayahnya menyoal si anak pokok apakah disebelah pokok durian itu....?
si anak membalas, itu pokok cili.......
sekarang, ialah sesi BERFIKIR!!!!!!!!!!!
pakar masakan apabila diberi bahan yang sama, hasil dari masakannya itu, tidak mungkin ada perbezaan yang banyak...satu kek pisang dan satu lagi kek tembikai...imposbble!!!!!!
TAPI, mengapa pokok durian dan pokok cili boleh tumbuh ditempat yang sama walaupun dari sumber yang sama...satu pokok manis dan satu lagi pedas...mengapa durian itu tidak pedas....
kalau bahan masakan tadi, yang satu manis, dan satu lagi mesti manis juga tapi tidak semanis yang first...berlainan dengan pokok tadi...itulah KEHEBATAN ALLAH S.W.T.......pada tanah yang sama, nutrien yang sama, boleh menumbuhkan beberapa jenis pokok......
Posted by Strawberrychocolate at 6/15/2010 02:22:00 AM 0 comments
Monday, June 14, 2010
LaWaK JeNaKa 2
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 6/14/2010 05:07:00 PM 0 comments
Sunday, June 13, 2010
Tugasan
MySpace Flash Toys
1.o Tujuan kajian
- Mendedahkan kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku pada hari ini yang perlu diberi perhatian kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu.
- Menghurai mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang utama yang mana berkemungkinan besar maklumat peribadi jatuh ketangan penjenayah siber, iaitu Malware, hak persendirian, tipu helah(phishing), kecacatan laman dan spam.
- Memberi kesedaran kepada pengguna internet agar sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web atau e-mel untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
facebook, twitter,myspace dan tagged. Selain itu, kajian ini mencakupi kesedaran pengguna dan
langkah-langkah berjaga ketika di atas talian.
Bahan terdiri daripada buku, artikel dan sumber internet.
sosial
Tahap kesedaran masyarakat kini terhadap keselamatan maklumat peribadi di laman sosial amat kurang kerana para pengguna tidak mengambil berat mengenai hal ini dan beranggapan segala maklumat diberi selamat. Namun,para pengguna tidak mengetahui bahawa maklumat peribadi boleh digodam oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab.
soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif,
seterusnya terdorong mencuri identiti.
maklumat, dan dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan
dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta
pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu .
rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan
spamming.
4.4.1 Individu
- Berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem pesanan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila tidak pasti. Individu berhak bertanya mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.
- Individu perlu melindungi maklumat peribadi kerana amat berharga.
- Kenali dengan siapa individu berurusan setiap masa di atas talian.
- Menggunakan perisian anti virus, anti spyware dan firewall serta pastikan perisian ini sentiasa dikemas kini.
- Memastikan sistem operasi dan penyemak imbas laman web ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini.
- Melindungi kata laluan komputer, e-mel dan laman penting yang selalu dilawati.
- Membuat sandaran bagi fail yang penting.
- Kenali siapa perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dalam talian.
- Membuat jadual bagi data sandaran pada kekerapan yang boleh diharapkan.
- Mengekalkan data sandaran dalam tempoh tertentu untuk membenarkan pemulihan semula atau isu pembaikan yang tidak didedahkan serta-merta.
- Menggunakan sandaran secara automatik.
- Melakukan siri ujian kepada proses penyalinan.
- Sediakan komputer tambahan untuk sentiasa menyalin data.
- Memastikan data sandaran mempunyai log tarikh dan masa supaya dapat disahkan.
- Buat sandaran untuk pelbagai jenis medium (salinan cakera mudah alih, CD, VCD, USB).
- Meletakkan data sandaran di tempat yang selamat.
Aplikasi rangkaian sosial dijangkakan akan terus dimanfaatkan oleh pengguna Internet baik bagi tujuan komunikasi mahupun sekadar riadah semata-mata. Ia merupakan suatu perkembangan yang tidak dapat dielakkan.Namun, kita perlu ingat bahawa perkhidmatan tersebut turut datang bersama pelbagai risiko. Paling utama sekali, para pengguna sebarang aplikasi rangkaian sosial perlu sentiasa berhati-hati dengan maklumat diri yang mereka dedahkan kepada khalayak pengguna yang lain.
{ms sakura-nakiah}
Posted by Strawberrychocolate at 6/13/2010 02:39:00 AM 0 comments
Friday, June 11, 2010
LaWaK JeNaKa 1
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 6/11/2010 09:37:00 PM 0 comments
NuKiLaN SeSeOrAnG UnTuKkU
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 6/11/2010 09:21:00 PM 1 comments
Resensi Perpustakaan
MySpace Flash Toys
1) cybersecurity malaysia
2) Bahagian Keselamatan ICT
http://ictso.ukm.my/v3/index.php/component/content/article/174-5-
serangan-utama-terhadap-rangkain-sosial.html
Antara lima serangan rangkaian sosial adalah malware iaitu cecacing Koobface yang mengancam facebook dan twitter. Hak persendirian seperti gambar-gambar yang boleh digodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.Selain itu, tipu helah iaitu rangkaian sosial yang merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dan dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu . Antara serangan lain ialah kecacatan laman iaitu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna. Spam iaitu salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming.
3) Portal Sahabat Interaktif Malaysia
http://www.sim.org.my/03/koleksi-artikel/keselamatan-siber/94-selamatkah-
maklumat-anda.html
Terdapat beberapa cara-cara yang digariskan untuk individu dan organisasi untuk mengelakkan berlakunyer kecurian maklumat. Antaranya untuk individu adalah pengguna perlu menggunakan anti virus, anti spyware dan firewall serta pastikan ia sentiasa dikemas kini. Pengguna juga perlu memstikan sistem operasi dan penyemak imbas laman web ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini. Selain itu, pengguna perlu mengenali individu yang berurusan di talian. Manakala untuk sesebuah organisasi pula, perlu membuat jadual bagi data sandaran pada kekerapan yang boleh diharapkan. Pengguna perlu mengekalkan data sandaran dalam tempoh tertentu untuk membenarkan pemulihan semula atau isu pembaikan yang tidak didedahkan serta-merta dan menggunakan sandaran secara automatik serta melakukan siri ujian kepada proses penyalinan.
{ms sakura}
Posted by Strawberrychocolate at 6/11/2010 03:24:00 AM 0 comments
Thursday, June 10, 2010
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 6/10/2010 04:28:00 PM 0 comments
Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
MySpace Flash Toys
Komunikasi adalah proses bagaimana proses informasi antara individua ditukarkan melalui sistem simbol, tanda, atau tingkah laku yang umum.Daripada definisi komunikasi di atas kita dapat mengatakan bahwa komu nikasi adalah satu proses yang melibatkan pihak yang berkomuni kasi,informasi yang dikomunikasikan dan alat komunikasi.
Multimedia membawa maksud pelbagai media yang merujuk kepada gabungan unsur-unsur seperti teks, gambar atau imej, warna, bunyi, animasi dan movie.
Dari sudut komputer, multimedia lebih menjurus kepada penggunaan perkakasan dan aplikasi/sofwer yang mampu menjana unsur-unsur multimedia seperti Macromedia Authoware, Macromedia Director, Toolbooks dan sebagainya yang telah menjadi pilihan dalam merencanakan aplikasi multimedia ini.
Tujuan akta:
menggalakakan tujuan dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;
mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan
bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri
komunikasi dan multimedia;
mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia; dan
mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran Akta
[yankumi]
Posted by Strawberrychocolate at 6/10/2010 03:44:00 PM 0 comments
Cantik Bulan Tak Engkau Sedar
MySpace Flash Toys
Posted by Strawberrychocolate at 6/10/2010 10:29:00 AM 2 comments
Labels: PriscillaMark's Stuffs, Puisi
Baby
MySpace Flash Toys
erm....selepas saya 'blogwalking' pada malam ini,saya mendapati bahawa kebanyakan blog-blog rakan seperjuangan saya telah memilih lagu 'baby' yang dinyanyikan oleh justin beiber.....sememangnya lagu itu sering kali kedengaran di radio sejak akhir-akhir ini...bagi kumpulan saya,strawberry chocolate,kami memilih lagu ini sebagai salah satu pilihan antara lima lagu kerana lagunya yang begitu ceria....lagu yang ceria secara tidak langsung menceriakan pelawatnya dan juga kami....*winks* kami juga telah menyunting blog kami dan menjadikan blog ini agar lebih menarik dan menceriakan semua pelawat yang 'blogwalking' ke blog kami...ceria-ceria selalu dari kami berempat>>>strawberry chocolate
Posted by Strawberrychocolate at 6/10/2010 02:57:00 AM 0 comments
Wednesday, June 9, 2010
MySpace Flash Toys
Borang Kaji Selidik
10-17 tahun ___
18-25 tahun ___
26-35 tahun dan ke atas ___
Lelaki ___ Perempuan ___
Sarjana Muda/ PHD ____
2. Sejauh manakah anda pasti akan keselamatan maklumat peribadi anda?
0-22%/25-50%/ 50-75%/ 75-100%
3.Tahukah anda akan perisian-perisian yang boleh meningkatkan tahap privasi dalam komputer anda?Jika ya,nyatakan namanya.
_____________________________________________________
4.Adakah anda terlibat dengan laman web sosial sepert facebook,myspace,tagged dan lain-lain lagi.Jika ya,nyatakan.
_____________________________________________________
5.Nyatakan maklumat peribadi yang anda selalu berikan di internet.
_____________________________________________________
6.Adakah kesemua maklumat peribadi yang anda nyatakan di laman web sosial itu benar-benar belaka.
ya/tidak
7.Pernakah maklumat peribadi anda diceroboh oleh orang lain?
ya/tidak
8.Apakah reaksi anda jika anda tiba-tiba mendapat tahu bahawa maklumat peribadi anda telah dicerobohi oleh orang lain?
Ya/tidak
9.Tahukah anda undang-undang atau akta yang berkaitan dengan dunia siber?Nyatakan.
___________________________________
Posted by Strawberrychocolate at 6/09/2010 04:33:00 PM 0 comments
Monday, May 31, 2010
RANGKA TUGASAN BERKUMPULAN
MySpace Flash Toys
Tajuk: Selamatkah Maklumat Peribadi Anda di Laman Web Sosial
Pengenalan
Musim silih berganti dan zaman kian berubah. Pengguna internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesatnya dan seterusnya mula mengubah cara hidup mereka. Kini terdapat pelbagai kemudahan perkhidmatan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada internet yang rancak dipromosikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet(ISP).
Penggunaan aplikasi rangkaian sosial atau social networking application telah menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna internet di seluruh dunia. Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.
Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan maklumat penting yang lain yang menjadi identiti unik bagi seseorang. Ciri yang asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung, telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun berinteraksi dalam talian itu banyak manfaatnya, namun menerbitkan terlalu banyak maklumat peribadi di dalam profil peribadi dalam talian, blog, ataupun ruang sembang, boleh mendatangkan risiko.
Kecuaian semasa dalam talian boleh membawa kepada rosaknya reputasi diri seseorang akibat penggunaan maklumat peribadi atau menjadi mangsa penipuan, kecurian identiti, scam, mesej e-mel spam dan gangguan (yang merangkumi penghendapan siber dan pembulian siber) dan memasang perisian niat jahat (malware) pada komputer secara tidak sengaja.
Objektif Kajian
1. Mendedahkan kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku pada hari ini yang perlu diberi perhatian kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu.
2. Memberitahu mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang utama yang mana berkemungkinan besar maklumat peribadi jatuh ketangan penjenayah siber, iaitu Malware, hak persendirian, tipu helah(phishing), kecacatan laman dan spam.
3.Memberi kesedaran kepada pengguna internet agar sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web atau e-mel untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
[yankumi]
Posted by Strawberrychocolate at 5/31/2010 08:00:00 PM 0 comments
Wednesday, May 26, 2010
coretan seorang anak desa
MySpace Flash Toys
tatkala aku menyiapkan draft untuk dihantar pada esok hari,dua dari rakan seperjuanganku berada di rumah...sayu pabila memikirkan kampung halaman ku yang indah permai....rindu akan suasana damai,hijau,rumahku dikelilingi sawah padi,angin yang bertiup perlahan......kadang-kala,aku terasa bagaikan mahu pulang ke kampung segera,menemui ayah dan bondaku yang tercinta,namun hasrat itu ku pendam setelah ku sedar bahawa aku ke sini bukan untuk bersuka ria,tetapi untuk belajar....untuk masa depanku....aku rindu sekali mendengar kicauan burung saat ku bukakan mata di pagi hari....semuanya bagaikan menggamit aku pulang ke kampung...bonda sering kali mengalirkan air mata ketika menelefonku...katanya,dia rindu padaku...namun,apa yang boleh ku lakukan hanyalah menyuruhnya bersabar kerana aku akan pulang juga satu hari nanti....aku akui,kadang-kadang aku hanyut dibuai kehidupan kota...namun aku sememangnya seorang gadis yang berasal dari kampung yang indah permai....walau kehidupan kota menjajnjikan aku keseronakan,namun bagiku,itu tidak dapat ditanding dengan kehidupan kampung yang indah permai...indera kayangan,itulah nama negeri ku...namamu akan tetap tertulis di hatiku,tidak kira ke mana pun aku pergi,namamu dan kenanganku bersamamu akan ku bawa.....aku tidak pernah sesekali malu dengan negeriku...walaupun negeriku tidak semoden negeri-negeri yang lain,namun aku terasa bagaikan mendapat ketenangan setiap kali pulang ke kampung......semua masalah hilang,lenyap begitu sahaja.....di hatiku,tidak akan pernah lenyap nama negeriku,PERLIS INDERA KAYANGAN..seindah namanya dan seindah itulah juga suasana di sana....
gadis indera kayangan
Posted by Strawberrychocolate at 5/26/2010 08:06:00 AM 3 comments
Tuesday, May 25, 2010
sAyAnG kAmU sEmUa
MySpace Flash Toys
hehe..sekarang sudah rasa macm rapat je antara kami berempat...masing-masing menyumbangkan idea yang bernas....memudahkan lagi tugasan untuk disiapkan....
thanx u gurls¬
Posted by Strawberrychocolate at 5/25/2010 12:11:00 AM 8 comments
Monday, May 24, 2010
Persoalan
MySpace Flash Toys
1. Adakah pengguna laman web sosial ini sensitif terhadap tahap keselamatan laman web sosial yang mereka gunakan?
2.Adakah kita mempunyai cara untuk mengelak dari maklumat peribadi kita dari diguna pakai oleh org lain
3.Bagaimanakah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh maklumat peribadi kita yang tertera di laman web sosial.
Posted by Strawberrychocolate at 5/24/2010 11:31:00 PM 0 comments
Kenapa Tajuk ini dipilih?
MySpace Flash Toys
Kami berempat telah sepakat untuk memilih tajuk ini kerana kami sedar akan betapa bahayanya maklumat peribadi kami yang tertera di laman web sosial seperti facebook,tagged,myspace dan lain-lain lagi.Di zaman era globalisasi,terdapat banyak penipuan yang menggunkaan identiti orang lain dan akhirnya mengakibatkan orang yang tidak bersalah ditangkap diatas kekeliruan identiti mereka yang telah dicurio oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.
Posted by Strawberrychocolate at 5/24/2010 10:56:00 PM 1 comments
Penghulu kami merehatkan diri kelas pagi ini.
MySpace Flash Toys
Ini merupakan post saya yang pertama saya gunakan sepenuhnya dalam bahasa melayu.Terasa keanehan itu ada sedikit kerana biasanya, saya akan menulis dalam bahasa inggeris . Mungkin ini yang Pn. Rozmel katakan, iaitu "mental block", sedang berlaku dalam diri saya. Pn. Rozmel kata kalau nak hilangkan "mental block" ini, kita perlu tenangkan diri sekejap.
[Pris]
maafkan 'penghulu' kerana tidak menghadirkan diri...jam loceng penghulu tidak berbunyi pada hari ini..talifon bimbitku hanya berbunyi apabila sayangku priscilla menelefon ku...terima kasih sayangku pris...maafkan saya puan rozmel dan kawan2 yang lain diatas ketidakhadiran saya..
jumpa kalian pada esok hari¬¬¬¬
loveydovey¬reeyn
Posted by Strawberrychocolate at 5/24/2010 09:51:00 PM 1 comments