Monday, May 31, 2010

RANGKA TUGASAN BERKUMPULAN


MySpace Flash Toys

Tajuk: Selamatkah Maklumat Peribadi Anda di Laman Web Sosial

Pengenalan

Musim silih berganti dan zaman kian berubah. Pengguna internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesatnya dan seterusnya mula mengubah cara hidup mereka. Kini terdapat pelbagai kemudahan perkhidmatan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada internet yang rancak dipromosikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet(ISP).

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial atau social networking application telah menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna internet di seluruh dunia. Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan maklumat penting yang lain yang menjadi identiti unik bagi seseorang. Ciri yang asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung, telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun berinteraksi dalam talian itu banyak manfaatnya, namun menerbitkan terlalu banyak maklumat peribadi di dalam profil peribadi dalam talian, blog, ataupun ruang sembang, boleh mendatangkan risiko.

Kecuaian semasa dalam talian boleh membawa kepada rosaknya reputasi diri seseorang akibat penggunaan maklumat peribadi atau menjadi mangsa penipuan, kecurian identiti, scam, mesej e-mel spam dan gangguan (yang merangkumi penghendapan siber dan pembulian siber) dan memasang perisian niat jahat (malware) pada komputer secara tidak sengaja.

Objektif Kajian

1. Mendedahkan kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku pada hari ini yang perlu diberi perhatian kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu.

2. Memberitahu mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang utama yang mana berkemungkinan besar maklumat peribadi jatuh ketangan penjenayah siber, iaitu Malware, hak persendirian, tipu helah(phishing), kecacatan laman dan spam.

3.Memberi kesedaran kepada pengguna internet agar sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web atau e-mel untuk mengelak daripada menjadi mangsa.

[yankumi]

0 comments: