Friday, June 18, 2010

Rahsia Tulisan Tangan


MySpace Flash Toys

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya ambil dari petikan Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah iaitu rahsia sifat tulisan tangan.

  1. Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
  2. Tulisan Bulat-Bulat- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).
  3. Campur-campur ...- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan baligh. ( maaf isu sensitif sedikit)
  4. Rapat-rapat- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.
  5. Huruf JGYZ yang tidak sempurna - Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.
{ ms sakura-nakiah}

KeJaYaaN MiNdA


MySpace Flash Toys

Sukanya saya di sini berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang motivasi yang saya dapat dari buku 'membina imaginasi cemerlang' oleh Dr. Tuah. Yang lepas saya berkongsi tentang 'minda terangsang melalui solat dan doa'. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kejayaan minda, di mana kejayaan minda diperolehi apabila anda boleh bangun subuh. Realitinya, subuh merupakan cabaran terhebat bagi manusia mutakhir ini. Betul tak?


Jika ditanya, "siapakah orang yang paling kuat?" mungkin ada yang mengatakan seorang ahli bina badan, ahli tomoi atau sebagainya. Kekuatan kita ini sebenarnya memang terletak pada keupayaan diri kita sendiri dalam mengawal diri kita sepenuhnya dan sebaiknya. Bukti keupayaan kita mengendalikan hidup kita adalah dengan bermula dari bangun subuh.

Oleh itu, sekuat mana sekalipun anda, kalau tangan tidak bertenaga untuk mengangkat dan melemparkan selimut, anda bukanlah kuat tetapi sesorang yang lemah dalam mengendalikan diri anda sendiri. Motivasi yang dikogsikan ini bukanlah ingin memperingatkan anda sahaja, malah sekaligus dapat mengingatkan diri saya sendiri juga. Ini kerana saya juga antara golongan yang sukar bangun subuh,hehee. Jadi, marilah kita sama-sama melemparkan selimut kita ayuhh..

[ely]

Thursday, June 17, 2010

Intro for our presentation


MySpace Flash Toys


Introduction for our presentation.

Walau tidak dapat dipertontonkan.

[Ms Mir0or]

Strawberry chocolate's slide


MySpace Flash Toys






























[Ms Mir0or]

Wednesday, June 16, 2010

MiNdA TeRanGsAnG MeLaLui SoLaT & DoA


MySpace Flash Toys

Di sini ingin saya berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Petikan ini saya petik dari kata-kata Dr.Tuah, di mana seseorang manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang intim dan erat antara dirinya dengan PENCIPTA-nya. Orang yang selalu berdoa dan menunaikan solat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu,realitinya dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui pemikiran yang lebih terfokus.
Tambahan lagi,seseorang yang berjaya adalah orang yang tenang. Ketenagan mutlak ataupun kemuncak bagi ketengan ialah solat.
Kesimpulanya apa yang saya dapat, seseorang itu sukar memperolehi ketengan sekiranya meninggalkan doa dan solat.

[ely]

Tuesday, June 15, 2010

Kemahiran Berfikir


MySpace Flash Toys

Pada suatu petang,

si ayah menyoal anaknya...

pokok ape tu....?

anak membalas, pokok durian....

lagi sekali ayahnya menyoal si anak pokok apakah disebelah pokok durian itu....?

si anak membalas, itu pokok cili.......

sekarang, ialah sesi BERFIKIR!!!!!!!!!!!


pakar masakan apabila diberi bahan yang sama, hasil dari masakannya itu, tidak mungkin ada perbezaan yang banyak...satu kek pisang dan satu lagi kek tembikai...imposbble!!!!!!

TAPI, mengapa pokok durian dan pokok cili boleh tumbuh ditempat yang sama walaupun dari sumber yang sama...satu pokok manis dan satu lagi pedas...mengapa durian itu tidak pedas....

kalau bahan masakan tadi, yang satu manis, dan satu lagi mesti manis juga tapi tidak semanis yang first...berlainan dengan pokok tadi...itulah KEHEBATAN ALLAH S.W.T.......pada tanah yang sama, nutrien yang sama, boleh menumbuhkan beberapa jenis pokok......

[nakiah]

Monday, June 14, 2010

LaWaK JeNaKa 2


MySpace Flash Toys

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Tapi sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo."Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang... ."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

[ely]

Sunday, June 13, 2010

Tugasan


MySpace Flash Toys

1.o Tujuan kajian

  1. Mendedahkan kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku pada hari ini yang perlu diberi perhatian kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu.
  2. Menghurai mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang utama yang mana berkemungkinan besar maklumat peribadi jatuh ketangan penjenayah siber, iaitu Malware, hak persendirian, tipu helah(phishing), kecacatan laman dan spam.
  3. Memberi kesedaran kepada pengguna internet agar sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web atau e-mel untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
2.0 Skop kajian
Kajian ini meliputi tentang keselamatan maklumat peribadi pengguna di laman web sosial seperti
facebook, twitter,myspace dan tagged. Selain itu, kajian ini mencakupi kesedaran pengguna dan
langkah-langkah berjaga ketika di atas talian.

3.0 Kaedah kajian
1)Resensi perpustakaan
Melakukan penyelidikan mencari bahan dan data di perpustakaan dan perpustakaan maya.
Bahan terdiri daripada buku, artikel dan sumber internet.
2)Mengedar soalan kaji selidik
Mengedar soalan kaji selidik kepada responden dan menganalisis soalan yang telah diisi oleh responden.

4.0 Dapatan kajian

4.1 Pendahuluan
Penggunaan aplikasi rangkaian sosial atau social networking application telah menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna internet di seluruh dunia. Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.Kecuaian semasa dalam talian boleh membawa kepada rosaknya reputasi diri seseorang akibat penggunaan maklumat peribadi atau menjadi mangsa penipuan, kecurian identiti, scam, mesej e-mel spam dan gangguan (yang merangkumi penghendapan siber dan pembulian siber) dan memasang perisian niat jahat (malware) pada komputer secara tidak sengaja.

4.2 Tahap kesedaran pengguna tentang keselamatan maklumat peribadi di laman
sosial

Tahap kesedaran masyarakat kini terhadap keselamatan maklumat peribadi di laman sosial amat kurang kerana para pengguna tidak mengambil berat mengenai hal ini dan beranggapan segala maklumat diberi selamat. Namun,para pengguna tidak mengetahui bahawa maklumat peribadi boleh digodam oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab.

4.3 Lima serangan rangkaian sosial
4.3.1 Malware - cecacing Koobface yang mengancam facebook dan twitter.
4.3.2 Hak persendirian - hak persendirian seperti gambar-gambar yang boleh digodam ke dalam
soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif,
seterusnya terdorong mencuri identiti.
4.3.3 Tipu helah( "phishing")- rangkaian sosial yang merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai
maklumat, dan dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan
dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta
pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu .
4.3.4 Kecacatan laman - kelonggaran telah dijumpa dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk megimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna.
4.3.5 Spam-salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun
rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan
spamming.

4.4 Panduan keselamatan untuk mengelakkan penipuan internet
4.4.1 Individu
  • Berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem pesanan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila tidak pasti. Individu berhak bertanya mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.
  • Individu perlu melindungi maklumat peribadi kerana amat berharga.
  • Kenali dengan siapa individu berurusan setiap masa di atas talian.
  • Menggunakan perisian anti virus, anti spyware dan firewall serta pastikan perisian ini sentiasa dikemas kini.
  • Memastikan sistem operasi dan penyemak imbas laman web ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini.
  • Melindungi kata laluan komputer, e-mel dan laman penting yang selalu dilawati.
  • Membuat sandaran bagi fail yang penting.
  • Kenali siapa perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dalam talian.
4.4.2 Organisasi
  • Membuat jadual bagi data sandaran pada kekerapan yang boleh diharapkan.
  • Mengekalkan data sandaran dalam tempoh tertentu untuk membenarkan pemulihan semula atau isu pembaikan yang tidak didedahkan serta-merta.
  • Menggunakan sandaran secara automatik.
  • Melakukan siri ujian kepada proses penyalinan.
  • Sediakan komputer tambahan untuk sentiasa menyalin data.
  • Memastikan data sandaran mempunyai log tarikh dan masa supaya dapat disahkan.
  • Buat sandaran untuk pelbagai jenis medium (salinan cakera mudah alih, CD, VCD, USB).
  • Meletakkan data sandaran di tempat yang selamat.
5.0 Penutup
A
plikasi rangkaian sosial dijangkakan akan terus dimanfaatkan oleh pengguna Internet baik bagi tujuan komunikasi mahupun sekadar riadah semata-mata. Ia merupakan suatu perkembangan yang tidak dapat dielakkan.Namun, kita perlu ingat bahawa perkhidmatan tersebut turut datang bersama pelbagai risiko. Paling utama sekali, para pengguna sebarang aplikasi rangkaian sosial perlu sentiasa berhati-hati dengan maklumat diri yang mereka dedahkan kepada khalayak pengguna yang lain.
{ms sakura-nakiah}

Friday, June 11, 2010

LaWaK JeNaKa 1


MySpace Flash Toys

Malas ke sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi.Salam masih lagi berdengkur.Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salam.Salam. bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah emak. Salam tidak mahu pergi ke sekolah..
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah.Cepat, bangun sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ksekolah.
Ibu: Eh... eh... bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik,

Pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun.
Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!!!!

[ely]

NuKiLaN SeSeOrAnG UnTuKkU


MySpace Flash Toys

RINDU
Dikau dtg lg..
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri
RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit
hati
RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran
perasaanku
RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu
RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau
pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka
gurisan kalbu
RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari..

[ely]


Resensi Perpustakaan


MySpace Flash Toys

1) cybersecurity malaysia

Antara langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah pengguna tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya. Kedua,fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu dari boleh melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan selain perlu berhati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.Selain itu, kata laluan untuk mengakses laman web sosial hendaklah berbeza dari akaun emel lain. Jangan sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Pengguna perlu sentiasa berwaspada dengan setiap tampalan keselamatan atau muat turun yang disarankan dengan merujuk kepada mereka yang lebih arif. Selain itu, sebagai pengguna perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial. Jangan mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali melalui web yang kemudiannya telah membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.

2) Bahagian Keselamatan ICT
http://ictso.ukm.my/v3/index.php/component/content/article/174-5-
serangan-utama-
terhadap-rangkain-sosial.html

Antara lima serangan rangkaian sosial adalah malware iaitu cecacing Koobface yang mengancam facebook dan twitter. Hak persendirian seperti gambar-gambar yang boleh digodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.Selain itu, tipu helah iaitu rangkaian sosial yang merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dan dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu . Antara serangan lain ialah kecacatan laman iaitu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna. Spam iaitu salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming.

3) Portal Sahabat Interaktif Malaysia
http://www.sim.org.my/03/koleksi-artikel/keselamatan-siber/94-selamatkah-
maklumat-anda.html


Terdapat beberapa cara-cara yang digariskan untuk individu dan organisasi untuk mengelakkan berlakunyer kecurian maklumat. Antaranya untuk individu adalah pengguna perlu menggunakan anti virus, anti spyware dan firewall serta pastikan ia sentiasa dikemas kini. Pengguna juga perlu memstikan sistem operasi dan penyemak imbas laman web ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini. Selain itu, pengguna perlu mengenali individu yang berurusan di talian. Manakala untuk sesebuah organisasi pula, perlu membuat jadual bagi data sandaran pada kekerapan yang boleh diharapkan. Pengguna perlu mengekalkan data sandaran dalam tempoh tertentu untuk membenarkan pemulihan semula atau isu pembaikan yang tidak didedahkan serta-merta dan menggunakan sandaran secara automatik serta melakukan siri ujian kepada proses penyalinan.
{ms sakura}

Thursday, June 10, 2010

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998


MySpace Flash Toys

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.

Kuasa dan Fungsi Suruhanjaya

1. Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia dan, tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu, Suruhanjaya hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:
(a) menasihati Menteri tentang perkara berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti komunikasi dan multimedia;
(b) melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang komunikasi dan multimedia;
(c) mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak diperuntukkan dalam undang-undang komunikasi dan multimedia;
(d) menimbangkan dan mengesyorkan reformasi kepada undang-undang komunikasi dan multimedia; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 15
(e) mengawasi dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia;
(f) menggalakkan dan meningkatkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia termasuk dalam bidang penyelidikan dan latihan;
(g) menggalakkan dan meningkatkan pengawalan sendiri dalam industri komunikasi dan multimedia;
(h) memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua orang yang dilesenkan atau selainnya diberi kuasa di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia;
(i) memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada, dan untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan dikalangan, orang yang terlibat dalam aktiviti komunikasidan multimedia; dan
(j) menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.

2. Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia.

[yankumi]


Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998


MySpace Flash Toys

Komunikasi adalah proses bagaimana proses informasi antara individua ditukarkan melalui sistem simbol, tanda, atau tingkah laku yang umum.Daripada definisi komunikasi di atas kita dapat mengatakan bahwa komu nikasi adalah satu proses yang melibatkan pihak yang berkomuni kasi,informasi yang dikomunikasikan dan alat komunikasi.

Multimedia membawa maksud pelbagai media yang merujuk kepada gabungan unsur-unsur seperti teks, gambar atau imej, warna, bunyi, animasi dan movie.

Dari sudut komputer, multimedia lebih menjurus kepada penggunaan perkakasan dan aplikasi/sofwer yang mampu menjana unsur-unsur multimedia seperti Macromedia Authoware, Macromedia Director, Toolbooks dan sebagainya yang telah menjadi pilihan dalam merencanakan aplikasi multimedia ini.

Tujuan akta:

menggalakakan tujuan dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;

mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan

bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri

komunikasi dan multimedia;

mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia; dan

mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran Akta


[yankumi]






Cantik Bulan Tak Engkau Sedar


MySpace Flash Toys


Cantik Bulan Tak Engkau Sedar

Sayu pagi kembali lagi
terbangun aku, begini lagi
Teringat lagi, terkenang lagi

Hendak bicara tiada kuatku
Kalau saja kau tahu, apa maksudku
lirik mataku, senyumku
Tidak ada begini

Ya kau, kalau kau tahu apa maksud begini
tapi tidak kau tidak
diam..
ya itu yang kita pilih

[Ms Mir0or]

Baby


MySpace Flash Toys

erm....selepas saya 'blogwalking' pada malam ini,saya mendapati bahawa kebanyakan blog-blog rakan seperjuangan saya telah memilih lagu 'baby' yang dinyanyikan oleh justin beiber.....sememangnya lagu itu sering kali kedengaran di radio sejak akhir-akhir ini...bagi kumpulan saya,strawberry chocolate,kami memilih lagu ini sebagai salah satu pilihan antara lima lagu kerana lagunya yang begitu ceria....lagu yang ceria secara tidak langsung menceriakan pelawatnya dan juga kami....*winks* kami juga telah menyunting blog kami dan menjadikan blog ini agar lebih menarik dan menceriakan semua pelawat yang 'blogwalking' ke blog kami...ceria-ceria selalu dari kami berempat>>>strawberry chocolate

Wednesday, June 9, 2010


MySpace Flash Toys

Borang Kaji Selidik


Bahagian A:Tandakan / pada yang berkenaan.

10-17 tahun ___
18-25 tahun ___
26-35 tahun dan ke atas ___

Lelaki ___ Perempuan ___

Tahap Pendidikan

UPSR ____ PMR ____ SPM ____ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma ____
Sarjana Muda/ PHD ____

Pekerjaan : Pelajar/ Kerajaan/ Swasta

Bahagian B
1. Berapakah kekerapan anda melayari internet dalam sehari?

1 -3 kali sehari/ 4-7 kali sehari/ 8-12 kali sehari/ sentiasa

2. Sejauh manakah anda pasti akan keselamatan maklumat peribadi anda?

0-22%/25-50%/ 50-75%/ 75-100%

3.Tahukah anda akan perisian-perisian yang boleh meningkatkan tahap privasi dalam komputer anda?Jika ya,nyatakan namanya.
_____________________________________________________

4.Adakah anda terlibat dengan laman web sosial sepert facebook,myspace,tagged dan lain-lain lagi.Jika ya,nyatakan.
_____________________________________________________

5.Nyatakan maklumat peribadi yang anda selalu berikan di internet.
_____________________________________________________

6.Adakah kesemua maklumat peribadi yang anda nyatakan di laman web sosial itu benar-benar belaka.

ya/tidak

7.Pernakah maklumat peribadi anda diceroboh oleh orang lain?

ya/tidak

8.Apakah reaksi anda jika anda tiba-tiba mendapat tahu bahawa maklumat peribadi anda telah dicerobohi oleh orang lain?

Ya/tidak

9.Tahukah anda undang-undang atau akta yang berkaitan dengan dunia siber?Nyatakan.

ya/tidak

[reen]

___________________________________