Thursday, June 10, 2010

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998


MySpace Flash Toys

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.

Kuasa dan Fungsi Suruhanjaya

1. Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia dan, tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu, Suruhanjaya hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:
(a) menasihati Menteri tentang perkara berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti komunikasi dan multimedia;
(b) melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang komunikasi dan multimedia;
(c) mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak diperuntukkan dalam undang-undang komunikasi dan multimedia;
(d) menimbangkan dan mengesyorkan reformasi kepada undang-undang komunikasi dan multimedia; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 15
(e) mengawasi dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia;
(f) menggalakkan dan meningkatkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia termasuk dalam bidang penyelidikan dan latihan;
(g) menggalakkan dan meningkatkan pengawalan sendiri dalam industri komunikasi dan multimedia;
(h) memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua orang yang dilesenkan atau selainnya diberi kuasa di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia;
(i) memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada, dan untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan dikalangan, orang yang terlibat dalam aktiviti komunikasidan multimedia; dan
(j) menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.

2. Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia.

[yankumi]


0 comments: