Friday, June 11, 2010

Resensi Perpustakaan


MySpace Flash Toys

1) cybersecurity malaysia

Antara langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah pengguna tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya. Kedua,fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu dari boleh melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan selain perlu berhati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.Selain itu, kata laluan untuk mengakses laman web sosial hendaklah berbeza dari akaun emel lain. Jangan sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Pengguna perlu sentiasa berwaspada dengan setiap tampalan keselamatan atau muat turun yang disarankan dengan merujuk kepada mereka yang lebih arif. Selain itu, sebagai pengguna perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial. Jangan mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali melalui web yang kemudiannya telah membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penipuan.

2) Bahagian Keselamatan ICT
http://ictso.ukm.my/v3/index.php/component/content/article/174-5-
serangan-utama-
terhadap-rangkain-sosial.html

Antara lima serangan rangkaian sosial adalah malware iaitu cecacing Koobface yang mengancam facebook dan twitter. Hak persendirian seperti gambar-gambar yang boleh digodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.Selain itu, tipu helah iaitu rangkaian sosial yang merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dan dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu . Antara serangan lain ialah kecacatan laman iaitu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna. Spam iaitu salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming.

3) Portal Sahabat Interaktif Malaysia
http://www.sim.org.my/03/koleksi-artikel/keselamatan-siber/94-selamatkah-
maklumat-anda.html


Terdapat beberapa cara-cara yang digariskan untuk individu dan organisasi untuk mengelakkan berlakunyer kecurian maklumat. Antaranya untuk individu adalah pengguna perlu menggunakan anti virus, anti spyware dan firewall serta pastikan ia sentiasa dikemas kini. Pengguna juga perlu memstikan sistem operasi dan penyemak imbas laman web ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini. Selain itu, pengguna perlu mengenali individu yang berurusan di talian. Manakala untuk sesebuah organisasi pula, perlu membuat jadual bagi data sandaran pada kekerapan yang boleh diharapkan. Pengguna perlu mengekalkan data sandaran dalam tempoh tertentu untuk membenarkan pemulihan semula atau isu pembaikan yang tidak didedahkan serta-merta dan menggunakan sandaran secara automatik serta melakukan siri ujian kepada proses penyalinan.
{ms sakura}

0 comments: