Malas ke sekolah
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi.Salam masih lagi berdengkur.Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salam.Salam. bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah emak. Salam tidak mahu pergi ke sekolah..
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah.Cepat, bangun sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ksekolah.
Ibu: Eh... eh... bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik,
Pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun.
Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!!!!
[ely]
0 comments:
Post a Comment