Friday, June 18, 2010

KeJaYaaN MiNdA


MySpace Flash Toys

Sukanya saya di sini berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang motivasi yang saya dapat dari buku 'membina imaginasi cemerlang' oleh Dr. Tuah. Yang lepas saya berkongsi tentang 'minda terangsang melalui solat dan doa'. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kejayaan minda, di mana kejayaan minda diperolehi apabila anda boleh bangun subuh. Realitinya, subuh merupakan cabaran terhebat bagi manusia mutakhir ini. Betul tak?


Jika ditanya, "siapakah orang yang paling kuat?" mungkin ada yang mengatakan seorang ahli bina badan, ahli tomoi atau sebagainya. Kekuatan kita ini sebenarnya memang terletak pada keupayaan diri kita sendiri dalam mengawal diri kita sepenuhnya dan sebaiknya. Bukti keupayaan kita mengendalikan hidup kita adalah dengan bermula dari bangun subuh.

Oleh itu, sekuat mana sekalipun anda, kalau tangan tidak bertenaga untuk mengangkat dan melemparkan selimut, anda bukanlah kuat tetapi sesorang yang lemah dalam mengendalikan diri anda sendiri. Motivasi yang dikogsikan ini bukanlah ingin memperingatkan anda sahaja, malah sekaligus dapat mengingatkan diri saya sendiri juga. Ini kerana saya juga antara golongan yang sukar bangun subuh,hehee. Jadi, marilah kita sama-sama melemparkan selimut kita ayuhh..

[ely]

0 comments: