1.o Tujuan kajian
- Mendedahkan kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku pada hari ini yang perlu diberi perhatian kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu.
- Menghurai mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang utama yang mana berkemungkinan besar maklumat peribadi jatuh ketangan penjenayah siber, iaitu Malware, hak persendirian, tipu helah(phishing), kecacatan laman dan spam.
- Memberi kesedaran kepada pengguna internet agar sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web atau e-mel untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
Kajian ini meliputi tentang keselamatan maklumat peribadi pengguna di laman web sosial seperti
facebook, twitter,myspace dan tagged. Selain itu, kajian ini mencakupi kesedaran pengguna dan
langkah-langkah berjaga ketika di atas talian.
facebook, twitter,myspace dan tagged. Selain itu, kajian ini mencakupi kesedaran pengguna dan
langkah-langkah berjaga ketika di atas talian.
1)Resensi perpustakaan
Melakukan penyelidikan mencari bahan dan data di perpustakaan dan perpustakaan maya.
Bahan terdiri daripada buku, artikel dan sumber internet.
2)Mengedar soalan kaji selidikBahan terdiri daripada buku, artikel dan sumber internet.
Mengedar soalan kaji selidik kepada responden dan menganalisis soalan yang telah diisi oleh responden.
4.1 Pendahuluan
4.2 Tahap kesedaran pengguna tentang keselamatan maklumat peribadi di lamanPenggunaan aplikasi rangkaian sosial atau social networking application telah menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna internet di seluruh dunia. Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.Kecuaian semasa dalam talian boleh membawa kepada rosaknya reputasi diri seseorang akibat penggunaan maklumat peribadi atau menjadi mangsa penipuan, kecurian identiti, scam, mesej e-mel spam dan gangguan (yang merangkumi penghendapan siber dan pembulian siber) dan memasang perisian niat jahat (malware) pada komputer secara tidak sengaja.
sosial
Tahap kesedaran masyarakat kini terhadap keselamatan maklumat peribadi di laman sosial amat kurang kerana para pengguna tidak mengambil berat mengenai hal ini dan beranggapan segala maklumat diberi selamat. Namun,para pengguna tidak mengetahui bahawa maklumat peribadi boleh digodam oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab.
4.3 Lima serangan rangkaian sosial
4.3.1 Malware - cecacing Koobface yang mengancam facebook dan twitter.
4.3.2 Hak persendirian - hak persendirian seperti gambar-gambar yang boleh digodam ke dalam
soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif,
seterusnya terdorong mencuri identiti.
soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif,
seterusnya terdorong mencuri identiti.
4.3.3 Tipu helah( "phishing")- rangkaian sosial yang merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai
maklumat, dan dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan
dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta
pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu .
maklumat, dan dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan
dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta
pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu .
4.3.4 Kecacatan laman - kelonggaran telah dijumpa dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk megimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna.
4.3.5 Spam-salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun
rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan
spamming.
4.4 Panduan keselamatan untuk mengelakkan penipuan internetrangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan
spamming.
4.4.1 Individu
- Berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem pesanan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila tidak pasti. Individu berhak bertanya mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.
- Individu perlu melindungi maklumat peribadi kerana amat berharga.
- Kenali dengan siapa individu berurusan setiap masa di atas talian.
- Menggunakan perisian anti virus, anti spyware dan firewall serta pastikan perisian ini sentiasa dikemas kini.
- Memastikan sistem operasi dan penyemak imbas laman web ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini.
- Melindungi kata laluan komputer, e-mel dan laman penting yang selalu dilawati.
- Membuat sandaran bagi fail yang penting.
- Kenali siapa perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dalam talian.
- Membuat jadual bagi data sandaran pada kekerapan yang boleh diharapkan.
- Mengekalkan data sandaran dalam tempoh tertentu untuk membenarkan pemulihan semula atau isu pembaikan yang tidak didedahkan serta-merta.
- Menggunakan sandaran secara automatik.
- Melakukan siri ujian kepada proses penyalinan.
- Sediakan komputer tambahan untuk sentiasa menyalin data.
- Memastikan data sandaran mempunyai log tarikh dan masa supaya dapat disahkan.
- Buat sandaran untuk pelbagai jenis medium (salinan cakera mudah alih, CD, VCD, USB).
- Meletakkan data sandaran di tempat yang selamat.
Aplikasi rangkaian sosial dijangkakan akan terus dimanfaatkan oleh pengguna Internet baik bagi tujuan komunikasi mahupun sekadar riadah semata-mata. Ia merupakan suatu perkembangan yang tidak dapat dielakkan.Namun, kita perlu ingat bahawa perkhidmatan tersebut turut datang bersama pelbagai risiko. Paling utama sekali, para pengguna sebarang aplikasi rangkaian sosial perlu sentiasa berhati-hati dengan maklumat diri yang mereka dedahkan kepada khalayak pengguna yang lain.
{ms sakura-nakiah}
0 comments:
Post a Comment