Wednesday, May 26, 2010

coretan seorang anak desa


MySpace Flash Toys

tatkala aku menyiapkan draft untuk dihantar pada esok hari,dua dari rakan seperjuanganku berada di rumah...sayu pabila memikirkan kampung halaman ku yang indah permai....rindu akan suasana damai,hijau,rumahku dikelilingi sawah padi,angin yang bertiup perlahan......kadang-kala,aku terasa bagaikan mahu pulang ke kampung segera,menemui ayah dan bondaku yang tercinta,namun hasrat itu ku pendam setelah ku sedar bahawa aku ke sini bukan untuk bersuka ria,tetapi untuk belajar....untuk masa depanku....aku rindu sekali mendengar kicauan burung saat ku bukakan mata di pagi hari....semuanya bagaikan menggamit aku pulang ke kampung...bonda sering kali mengalirkan air mata ketika menelefonku...katanya,dia rindu padaku...namun,apa yang boleh ku lakukan hanyalah menyuruhnya bersabar kerana aku akan pulang juga satu hari nanti....aku akui,kadang-kadang aku hanyut dibuai kehidupan kota...namun aku sememangnya seorang gadis yang berasal dari kampung yang indah permai....walau kehidupan kota menjajnjikan aku keseronakan,namun bagiku,itu tidak dapat ditanding dengan kehidupan kampung yang indah permai...indera kayangan,itulah nama negeri ku...namamu akan tetap tertulis di hatiku,tidak kira ke mana pun aku pergi,namamu dan kenanganku bersamamu akan ku bawa.....aku tidak pernah sesekali malu dengan negeriku...walaupun negeriku tidak semoden negeri-negeri yang lain,namun aku terasa bagaikan mendapat ketenangan setiap kali pulang ke kampung......semua masalah hilang,lenyap begitu sahaja.....di hatiku,tidak akan pernah lenyap nama negeriku,PERLIS INDERA KAYANGAN..seindah namanya dan seindah itulah juga suasana di sana....

gadis indera kayangan

3 comments:

typewriter said...

salam singgah dari kami..

typewriter

Rozmel said...

Salam. Apabila membaca nukilan saudari, saya dapat menyelami dan melihat apa yang saudari lihat. Saudari adalah seorang yang prihatin dan peka terhadap keadaan disekeliling saudari. Saudari menggunakan kesemua deria suadari untuk mencatat perasaan saudari.Syabas saya ucapkan kerana tidak sesaat pun saya mengalihkan pandangan saya dari ayat-ayat saudari. Sungguh indah kampung halaman saudari. Saudari sungguh bertuah kerana mempunyai seorang bonda yang amat menyayangi saudara. Keredhaan dan kemurkaan ibu adalah keredhaan dan kemurkaan Allah juga.

gadis indera kayangan said...

typewriter: terima kasih kerana sudi singgah...salam dihulurkan tanda perkenalan...

puan:w'salam...terima kasih atas segala pujian yang diebrikan oleh puan...kadang-kadang saya dipengaruhi oleh jiwa dan perasaan saya tatkala saya keseorangan..Jika puan ada kesempatan masa,silalah datang ke kampung halaman saya...insyaALLAH saya akan cuba membalas jasa bonda dan ayahanda yang telah banyak berkorban selama ini....Alhamdulillah...syukran jazila kerana Dia telah memberikan ayahanda dan bonda ynag menyayangi saya...