Monday, May 31, 2010

RANGKA TUGASAN BERKUMPULAN


MySpace Flash Toys

Tajuk: Selamatkah Maklumat Peribadi Anda di Laman Web Sosial

Pengenalan

Musim silih berganti dan zaman kian berubah. Pengguna internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesatnya dan seterusnya mula mengubah cara hidup mereka. Kini terdapat pelbagai kemudahan perkhidmatan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada internet yang rancak dipromosikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet(ISP).

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial atau social networking application telah menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna internet di seluruh dunia. Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan maklumat penting yang lain yang menjadi identiti unik bagi seseorang. Ciri yang asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung, telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun berinteraksi dalam talian itu banyak manfaatnya, namun menerbitkan terlalu banyak maklumat peribadi di dalam profil peribadi dalam talian, blog, ataupun ruang sembang, boleh mendatangkan risiko.

Kecuaian semasa dalam talian boleh membawa kepada rosaknya reputasi diri seseorang akibat penggunaan maklumat peribadi atau menjadi mangsa penipuan, kecurian identiti, scam, mesej e-mel spam dan gangguan (yang merangkumi penghendapan siber dan pembulian siber) dan memasang perisian niat jahat (malware) pada komputer secara tidak sengaja.

Objektif Kajian

1. Mendedahkan kepada orang ramai tentang masalah yang berlaku pada hari ini yang perlu diberi perhatian kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu.

2. Memberitahu mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang utama yang mana berkemungkinan besar maklumat peribadi jatuh ketangan penjenayah siber, iaitu Malware, hak persendirian, tipu helah(phishing), kecacatan laman dan spam.

3.Memberi kesedaran kepada pengguna internet agar sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web atau e-mel untuk mengelak daripada menjadi mangsa.

[yankumi]

Wednesday, May 26, 2010

coretan seorang anak desa


MySpace Flash Toys

tatkala aku menyiapkan draft untuk dihantar pada esok hari,dua dari rakan seperjuanganku berada di rumah...sayu pabila memikirkan kampung halaman ku yang indah permai....rindu akan suasana damai,hijau,rumahku dikelilingi sawah padi,angin yang bertiup perlahan......kadang-kala,aku terasa bagaikan mahu pulang ke kampung segera,menemui ayah dan bondaku yang tercinta,namun hasrat itu ku pendam setelah ku sedar bahawa aku ke sini bukan untuk bersuka ria,tetapi untuk belajar....untuk masa depanku....aku rindu sekali mendengar kicauan burung saat ku bukakan mata di pagi hari....semuanya bagaikan menggamit aku pulang ke kampung...bonda sering kali mengalirkan air mata ketika menelefonku...katanya,dia rindu padaku...namun,apa yang boleh ku lakukan hanyalah menyuruhnya bersabar kerana aku akan pulang juga satu hari nanti....aku akui,kadang-kadang aku hanyut dibuai kehidupan kota...namun aku sememangnya seorang gadis yang berasal dari kampung yang indah permai....walau kehidupan kota menjajnjikan aku keseronakan,namun bagiku,itu tidak dapat ditanding dengan kehidupan kampung yang indah permai...indera kayangan,itulah nama negeri ku...namamu akan tetap tertulis di hatiku,tidak kira ke mana pun aku pergi,namamu dan kenanganku bersamamu akan ku bawa.....aku tidak pernah sesekali malu dengan negeriku...walaupun negeriku tidak semoden negeri-negeri yang lain,namun aku terasa bagaikan mendapat ketenangan setiap kali pulang ke kampung......semua masalah hilang,lenyap begitu sahaja.....di hatiku,tidak akan pernah lenyap nama negeriku,PERLIS INDERA KAYANGAN..seindah namanya dan seindah itulah juga suasana di sana....

gadis indera kayangan

Tuesday, May 25, 2010

sAyAnG kAmU sEmUa


MySpace Flash Toys

hehe..sekarang sudah rasa macm rapat je antara kami berempat...masing-masing menyumbangkan idea yang bernas....memudahkan lagi tugasan untuk disiapkan....
thanx u gurls¬

Monday, May 24, 2010

Persoalan


MySpace Flash Toys

1. Adakah pengguna laman web sosial ini sensitif terhadap tahap keselamatan laman web sosial yang mereka gunakan?

2.Adakah kita mempunyai cara untuk mengelak dari maklumat peribadi kita dari diguna pakai oleh org lain

3.Bagaimanakah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh maklumat peribadi kita yang tertera di laman web sosial.

Kenapa Tajuk ini dipilih?


MySpace Flash Toys

Kami berempat telah sepakat untuk memilih tajuk ini kerana kami sedar akan betapa bahayanya maklumat peribadi kami yang tertera di laman web sosial seperti facebook,tagged,myspace dan lain-lain lagi.Di zaman era globalisasi,terdapat banyak penipuan yang menggunkaan identiti orang lain dan akhirnya mengakibatkan orang yang tidak bersalah ditangkap diatas kekeliruan identiti mereka yang telah dicurio oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.

Penghulu kami merehatkan diri kelas pagi ini.


MySpace Flash Toys


Ini merupakan post saya yang pertama saya gunakan sepenuhnya dalam bahasa melayu.Terasa keanehan itu ada sedikit kerana biasanya, saya akan menulis dalam bahasa inggeris . Mungkin ini yang Pn. Rozmel katakan, iaitu "mental block", sedang berlaku dalam diri saya. Pn. Rozmel kata kalau nak hilangkan "mental block" ini, kita perlu tenangkan diri sekejap.


Nah, apa yang saya buat, saya hanya mendiamkan diri dan berfikir sesuatu yang lucu sambil minum air teh saya. Sememangnya cara Pn. Rozmel memang berkesan hahaha, saya kembali ke keadaan yang normal :). Terima Kasih Pn. hehe

Berbalik kepada tajuk "posting" saya haha, Pn Rozmel memberi arahan kepada kami untuk menulis tentang siapa yang tak menghadirkan diri pada kelas pagi ini, jadi dengan rasa bangganya saya mengumumkan 'penghulu' kami yang disayang-sayang selalu merehatkan diri pagi ini . hahaha...

xoxo,
Priscilla Mark Mataus
[Pris]


maafkan 'penghulu' kerana tidak menghadirkan diri...jam loceng penghulu tidak berbunyi pada hari ini..talifon bimbitku hanya berbunyi apabila sayangku priscilla menelefon ku...terima kasih sayangku pris...maafkan saya puan rozmel dan kawan2 yang lain diatas ketidakhadiran saya..
jumpa kalian pada esok hari¬¬¬¬

loveydovey¬reeyn